text


Sunday, 31 May 2015

1: My First Impression





Assalamualaikum.
Saya Ellina, saya nak share dengan korang pengalaman saya pergi PLKN kumpulan 2 siri 11/2014 di Kem Puncak Permai, Bau, Sarawak. Hurmm mesti ada antara korang  yang rasa seronok and ada juga yang rasa tak rasa seronok bila dapat tahu nama korang tercalon dalam senarai pelatih. Jujur dan ikhlas dari hati, saya sendiri pun malas nak pergi PLKN ni tapi dah ada rezeki. Nak tak nak, kena pergi jugak, kalau tak, kena denda. Tak sanggup la. Baik pergi at least dapat pengalaman baru and dapat melancong ke negeri lain. Ingat senang ke nak pergi Sarawak? Naik flight, free pulak tu. Kos flight ke Sarawak RM445.00. Percuma je. Korang ada ke duit kalau nak pergi sendiri? So why not korang ambil peluang ni untuk merantau seketika. Bukannya lama, 3 bulan je. Kalau dikira-kira tak sampai 3 bulan pun, dalam 2 bulan 3 minggu gitu je. Hurmm peluang ni datang sekali je. Mula-mula memang korang akan homesick, normal la tu tapi dah lama-lama korang akan okey punya bila dah dapat kawan baharu kat sana. Lagi satu, kalau pergi Sarawak best tau sebab kat sana terdapat pelbagai bangsa dan etnik. Macam-macam bangsa yang korang akan jumpa kat sana nanti. So kalau dapat tawaran PLKN tu, pergi je, hadapi dengan tenang. Tak rugi pun korang pergi. Good luck! 


Saya dapat di Kem Puncak Permai, Bau, Sarawak. 
Nampak tak Bau tu kat mana? Yeahh… Here I come……!

Tengok peta Sarawak tu betul2.. :) 




No comments:

Post a Comment